Talak Sarih

Talak Sarih

Talak Sarih

Talak Sarih
Talak Sarih

 

Talak sarih terbahagi menjadi talak raj’I dan talak ba’in.

Mazhab Hanafi

Talak sarih terbahagi dua yakni talak sarih raj’i dan talak sarih ba’in. Adapun talak sarih raj’I yang terkumpul padanya lima syarat:

1. Sighatnya (pernyataannya) mengandungi huruf talak seperti perkataannya kepada isterinya: Aku telah menceraikanmu dan engkau aku ceraikan dan dengan lafaz mutallakah dengan tasydid. Adapun lafaz mutlakah dengan takhfif maka sesungguhnya lafaz inimengandungi lafaz itlak yakni pelepasan dari ikatan tahanan dalam rumah dan mengizinkan isteri untuk keluar. Oleh kerana itu talak ini menjadi talak kinayah.
2. Lafaz talak tidaklah secara hakikatnya. Apabila ia menceraikan isterinya sebelum dijimak dengan talak sarih maka menjadi talak ba’in bukan menjadi talak raj’i, yang dimaksudkan dengan jimak yang sebenarnya adalah menjimak dengan cara yang terdahulu dalam pembahasan mahar. Adapun khalwat dengannya iaitu menjimaknya secara hukum maka tidak dianggap apa-apa. Adapun ia berkhalwat dengannya kemudian menceraikannya sebelum dijimak dengan talak sarih maka talak itu menjadi talak ba’in.
3. Lafaz talak diiringi dengan iwad seperti ucapannya kepada isterinya: Aku menceraikanmu dengan membayar akhir mahar dan lain-lain maka jadilah talak itu menjadi talak ba’in bukan talak raj’i.
4. Talak itu tidak diiringi dengan jumlah tiga, tidak nash, tidak isyarat dan tidak disipati dengan sifat yang memberitahukan talak ba’in atau menunjukkan atas talak ba’in tanpa huruf atap.
5. Talak itu tidak menyerupai jumlah atau sifat yang menunjukkan talak ba’in seperti ucapannya: Aku menceraikanmu dengan talak seperti talak tiga maka apabila ia meniatkan dengan talak itu satu sahaja maka jatuhlah talak satu ba’in. jika tidak maka jatuhlah talak tiga seperti itu. Apabila ia berkata kepada isterinya: aku ceraikan seperti matahari atau seperti bulan maka talak jatuh satu dan ba’in.

Mazhab Maliki

Talak sarih lafaznya ada dalam bentuk empat macam: 1. Tallaqtu, 2. Ana taliqun minki, 3. Anti taliqun atau mutallaqatun minni (dengan tasydid lam), 4. Attalaku li lazim atau minni atau laki atau alaika lazim dan lain-lain. Lafaz yang empat ini adalah sarih dan pasti dengan setiap lafaz dari setiap lafaz yang empat ini adalah sarih dan pasti dengan setiap lafaz dari setiap lafaz yang empat ini jatuh talak satu sekalipun ia tidak berniat apapun. Adapun apabila ia berniat dengan talak itu dua atau tiga maka jatuhlah apa yang diniatkannya berbeza dengan pendapat mazhab Hanafi yang berkata bahawa talak sarih tidak diniatkan padanya. Seandainya ia berniat dengannya lebih dari satu maka tidaklah mesti kecuali talak satu. Kemudian talak sarih yang jatuh dengan talak itu talak satu jika terjadi sebelum jimak atau dalam bandingan diganti iaitu khulu’ maka talak ini menjadi talak ba’in. jika tidak maka menjadi talak raj’i.

Mazhab Syafi’e

Talak terbahagi menjadi dua: Sarih binafsihi dan sarih bighairihi. Kesimpulannya bahawa sesungguhnya talak sarih binafsihi menurut mereka adalah yang terkumpul padanya dua perkara:

Pertama – dalam ucapannya ada berulang-ulang dalam al-Quran hal ini jelas dalam lafaz talak dan pecahan darinya. Adapun as sarah maka Allah s.w.t berfirman: “Pertahankanlah isteri kalian dengan cara yang baik atau ceraikanlah mereka dengan cara yang baik”. Allah s.w.t berfirman: “Maka dipertahankan dengan cara yang baik atau diceraikan dengan cara yang baik”. Adapun lafaz al-firaq maka Allah s.w.t berfirman: “Maka pertahankanlah mereka dengan cara yang baik atau ceraikanlah mereka dengan cara yang baik”. Lafaz al-firaq tidak berulang-ulang dalam al-Quran tapi berulang-ulang maknanya lalu dimulhakkan kepada yang berulang-ulang.

Kedua – terkenal pemakaiannya dalam talak. Jelasnya bahawa as sarah dan al-firaq sudah dikenal pemakaiannya dalam talak sehingga menjadi talak sarih.

Adapun talak sarih bighairihi maka ia adalah yang diambil dari lafaz khulu’ atau lafaz mufradat dengan syarat dimudhafkan kepada harta secara lafaz atau niat. Seperti perkataan suami kepada isterinya: Aku mengkhulu’mu atau aku menebusmu atau meminta tebusan darimu dengan bayaran sekian. Maka lafaz yang diambil dari kata khulu’ atau mufradat bukanlah talak sarih binafsihi tapi dengan mengidhafatkannya kepada harta. Jika ia tidak mengidhafatkannya maka jadilah talak itu talak kinayah sebagaimana yang akan diterangkan dalam babnya. Kemudian sarih bighairihi harus ada salah satu dua syarat yang lau dalam sarih binafsihi iaitu ada kalanya ada sebutannya dalam al-Quran sekalipun tidak berulang-ulang. Demikian juga apabila ada datang maknanya atau terkenal penggunaannya dalam talak.

Mazhab Hanbali

definisi talak sarih adalah lafaz yang tidak mengandungi makna yang lain sesuai dengan susunan kalimat menurut kebiasaan. Lafaz talak menjadi sarih untuk melepaskan akad pernikahan dan tidak mengandungi pengertian lain menurut kebiasaan walaupun dapat menerima takwil sesuai dengan makna aslinya seperti melepaskan dari ikatan. Hal itu tergantung dalam lafaz talak dan yang bertasrif darinya menurut kebiasaan seperti thaliqun, muthallaqatun dan thallaqtuki berbeza dengan seperti thalliqi, athlaqtuki dan muthalliqatun dengan kasrah lam isim fail maka lafaz-lafaz ini tidak dipakai menurut kebiasaan untuk melepaskan ikatan pernikahan. Oleh kerana itu dapat diketahui bahawa lafaz-lafaz as-sarah, al-fira, al-khulu’ dan al-mufradat bukanlah termasuk talak sarih sesuai pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki berbeza dengan pendapat Mazhab Syafi’e kerana lafaz-lafaz ini dipakai pada selain secara banyak sehingga tidak mungkin menghitungnya termasuk dari talak sarih.

Sumber: dutadakwah.org