Pembahasan kinayah dalam talak

Pembahasan kinayah dalam talak

Pembahasan kinayah dalam talak

 

Pembahasan kinayah dalam talak
Pembahasan kinayah dalam talak

Kinayah adalah sesuatu yang boleh menerima talak sarih

Mazhab Hanafi

makna kinayah pada zatnya adalah maksud yang tertutup pada dirinya. Makna ini tidak khusus dengan para ahli fiqh saja. Tapi meliputi istilah ahli usul juga kerana mereka mendefinisikan kinayah dengan sesuatu yang tersimpan maksud darinya pada dirinya. Kalau sesuatu itu termasuk dari lafaz sarih menurut ahli fiqh seperti dalil maka sesungguhnya dapat menjadi sarih kerana maksudnya tidak jelas kerana lafaznya yang asing.

Mazhab Syafi’e

kinayah talak iaitu lafaz yang mengandung talak dan lain-lain dengan niat yang diiringkan kepada bahagian manapun dari bahagian-bahagian lafaz seperti ucapannya kepada isterinya: Athlaqtuki. Sesungguhnya lafaz athlaqtuki dapat mengandungi pengertian melepaskannya dari kongkongan dirumah dan lain-lain. Dan kemungkinan juga melepaskannya dari akad pernikahan. Talak tidak terjadi kecuali apabila sang suami berniat menceraikan dengan niat yang diiringi dengan lafaz

Mazhab Hanbali

kinayah talak terkadang jelas iaitu lafaz-lafaz yang dipakai untuk perpisahan yang akan dijelaskan terkadang tidak jelas iaitu lafaz-lafaz yang dipergunakan untuk talak satu yang akan diterangkan. Dalam kinayah dengan dua macamnya ini harus ada niat yang diiringi dengan lafaz

Mazhab Maliki

membahagi kinayah kepada pembahagian yang banyak

Baca Juga: